-Terdiri dartipada :
- Otak
- Korda Spinal
OTAK
- Otak terletak dalam kaviti kranial kerana ia adalah organ vital.
- Otak dapat perlindungan dari cecair sereberospinal di korda spinal.
- Terdapat 3 lapisan yang menyelaputi otak dan korda spinal:
- Dura mater, lapisan luar yang teguh mengandungi tisu konektif berfiber.Terdapat dural sinuses.Lapisan ini mengumpulkan darah venous balik semula ke sistem kardiovaskular.
- Araknoid mater,Lapisan tengah yang nipis. Kelihatan seperti sarang labah-labah.Ruang subakranoid dipenuhi cecair sereberospinal dan salur darah.
- Pia mater,lapisan dalam dan lembut.Lapisan melekat pada otak dan korda spinal.
- 4 kawasan utama otak ialah
b) diencefalon-termasuk dalam serebrum
Terdiri daripada :
- Talamus
- Hipotalamus
- Epitalamus
_ Ventral talamus / subtalamus
c) Brain stem / pangkal otak
d) Serebelum- hindbrain
a)SEREBRUM
- Dibahagi oleh fisur longitudinal ke dalam hemisfera kiri dan kanan.
- 2 belahan bersambung oleh korpus collusum (ikatan fiber putih untuk menyediakan laluan komunikasi antara kedua-dua belah)
- Falx cereberi (lanjutan dura mater) berlanjutan ke dalam fisur sereberi.
- Permukaan serebrum berlingkari dipanggil gyri.
- Ia dipisahkan oleh alur-alur yang dikenali sebagai sulci.
- Setiap hemisfera serebrum dibahagikan kepada 4 lobus iaitu :
- LOBUS FRONTAL
- LOBUS PARIETAL
- LOBUS OKSIPITAL
- LOBUS TEMPORAL
- Central sulcus - memisahkan lobus frontal dengan lobus parietal.
- Lateral sulcus - memisahkan antara lobus frontal dan temporal
- Serebral hemisfera terdiri daripada:
- JIRIM KELABU (grey mater) - bahagian paling luas yang terletak di pinggir otak.
- JIRIM PUTIH (white mater) - terletak di tengah otak.
Association
- Mengalirkan impuls dari satu gyrus ke gyrus lain antara hemisfera yang sama.
- Mengalirkan impuls dari satu hemisfera ke hemisfera yang lain melalui corpus collusum.
- Mengalirkan impuls dari serebrum ke bahagian bawah CNS yang lain.
b) DIENCEPHALON
- Terletak di tengah.
- Termasuklah :
- Talamus
- Hipotalamus
- Epitalamus
1)Talamus
- Berperanan sebagai stesyen berganti-ganti/ "Relay station" untuk impuls sensori.
- Impuls akan dihantar ke pusat terlibat dalam korteks untuk diterjemahkan.
- Impuls akan dihantar dari satu neuron ke neuron lain dalam bentuk rantaian (chain).
2)Hipotalamus
- Berperanan sebagai penghubung antara sistem saraf dengan endokrina kerana ia meregulasikan sekresi hormon dari kelenjar pituitari
- Fungsinya, regulasikan sistem saraf autonomik (ANS)
- regulasi suhu
- kataran tidur dan jaga
- regulasi aktiviti sistem endokirina
- regulasi imbangan cecair badan dan dahaga.
3)Epitalamus
- Dari margin posterior
- Berlanjutan hingga ke kelenjar pineal yang melibatkan onset puberti dan kitaran ritma dalam badan.
c) BRAIN STEM
- Kawasan di antara disefalon dan korda spinal.
- Terdiri daripada :
- Midbrain
- Pons
- Medula Oblongata
1) MIDBRAIN
- Mengandungi trek motor voluntari
- Mempunyai refleks visual dan audatori
- Cerebral aquadate menurun melalui pusat di otak tengah.
2) PONS
- Bahagian tengah pangkal otak
- terdiri daripada trek pengaliran konduksi
- Bantu dalam regulasi pergerakan pernafasan
3) MEDULLA OBLONGATA
- Bersambungan dengan korda spinal
- Terdiri dari semua trek-trek saraf menurun dan menaik
- Kebanyakan fiber menurun menyeberangi (cross over) dalam medula
- Mengandungi 3 pusat vital yang mengawal aktiviti viseral iaitu:
- Pusat kardiak
- Pusat pernafasan
- Pusat vasomotor
- Bantu dalam regulasi pergerakan pernafasan
- Mengawal kadar nadi
d) SEREBELUM
- Bahagiankedua terbesar di otak.
- terletak di bawah lobus oksipital.
- di pisahkan oleh fisur transverse.
- Terdiri daripada 2 cerebelar hemisfera, bersambungan dengan garisan tengah/midline oleh vernis.
- Penyusunan cabangan dari jirim kelabu dipanggil arbor vitae.
- Kawasan motor untuk koordinasi aktiviti otot skeletal.
- Mengekalkan tonus otot, postur dan imbangan badan.
1 comments:
Terima Kasih Admin, sangat membantu. Tapi kalau boleh bahagian Lobus Hemisfera tu bagi nama sekali dengan fungsi ya.
Tq
Post a Comment