SARAF-Sistem Saraf Periferi (PNS)

PENGENALAN PNS
  • merupakan sistem saraf yang terdiri dari sel-sel saraf dan cabangan-cabangan dari dan ke otak serta spinal cord.
  • membahagi kepada dua iaitu:
    1. Sistem Saraf Somatik
    2. Sistem Saraf Autonomik
  1.  SISTEM SARAF SOMATIK
    • Saraf yang dibekalkan kepada kulit, otot dan aktiviti yang dibawah kawalan.
    • Bersambungan dengan sistem saraf pusat (CNS) kepada organ-organ. eg: gaster, jantung dan intestine yang menjalankan aktiviti tanpa kawalan.
  • terdiri dari 3 jenis saraf, iaitu:
    1. 31 pasang sarafspinal
    2. 12 pasang saraf kranial
    3. bahagian autonom sistem saraf simpatetik dan para simpatetik
  • kebanyakan saraf PNS terdiri dari fiber saraf sensori yang membawa impuls dari organ ke otak.
  • fiber saraf motor menghantar impuls dari otak ke organ melalui spinal cord. eg: otot skeletal, otot licin dan kelenjar.
  • fiber saraf berkumpul menjadi satu berkas (bundles).
  • setiap berkas dilapisi oleh beberapa lapisan tisu perantara:
  1. Lapisan Endoneurium
  • lapisan halus
  • lembut meliputi setiap saraf dari luar bersambung ke perineurium dengan septa.
    2.  Lapisan Perineurium
  • tisu licin yang mengelilingi berkas fiber.
    3.  Lapisan Epineurium
  • mengandungi dan mengikat beberapa berkas fiber saraf, kebanyakannya saraf-saraf utama.

SARAF SPINAL
  • terdiri dari 31 pasang.
  • semua saraf berasal dari korda spinal yang terletak di dalam kanal vertebra.
  • saraf ini keluar dari kanal vertebra melalui pembukaan di kiri dan kanan kanal vertebra yang dinamakan foramen intervertebra.
  • bahagian penamatnya di paras vertebra lumbar pertama dan berlanjutan ke bawah di dalam kalnal vertebra di ruang subarachnoid.
  • saraf ini meninggalkan kanal vertebra di paras lumbar, sacral dan coccygeal yang sesuai bergantung kepada destinasi masing-masing.
  • setiap saraf bermula dari kiri dan kanan
    • saraf spinal keluar melalui foramen intervertebra.
    • setiap saraf terbentuk dari gabungan saraf motor dan sensori (mixed nerves).
    • setiap saraf spinal mempunyai hubungan dengan bahagian simpatetik pada sistem saraf autonomik.

NERVES ROOTS / AKAR SARAF
  • terdapat 2 jenis akar saraf, iaitu:
    1. Anterior Nerves Roots (motor)
    2. Posterior Nerves Roots (sensori)

  1. Anterior Nerves Roots (motor)
    • terdiri dari fiber saraf motor yang mengandungi akson sel saraf dalam:
      • anterior column grey matter spinal cord
      • kawasan thoracic
      • kawasan lumbar
    • fiber saraf simpatetik adalah didapati pada akson sel saraf dalam lateral column grey matter.
     2.  Posterior Nerves Roots (sensori)
    • terdiri dari saraf sensori.
    • di luar spinal cord terdapat satu ganglion spinal yang dipanggil  ganglion roots terdiri dari sekumpulan sel saraf.
    • fiber saraf sensori melintasi posterior ganglion roots sebelum memasuki spinal cord.
    • bahagian kuilt yang dibekali setiap saraf dipanggil dermatome.
    • posterior nerves roots keluar dari spinal cord dan dibaluti oleh selaput dura dan subarachnoid.
    • selaput ini berakhir sebelum kedua-duanya bertemu untuk membentuk saraf campuran, nerves rootsnya tidak disaluti dengan pia matter.
    • dari foramen intervertebra setiap saraf spinal membahagi kepada ramus posterior dan ramus anterior.
    • ramus communication adalah sebahagian dari neuron simpatetik pra ganglionik untuk sistem saraf autonomik ini.
PLEXUS
  • terdapat 5 pleksus besar yang terdiri dari saraf campuran di kiri kanan vertebra kolum iaitu:
    1. Pleksus cervical
    2. Pleksus brachial
    3. Pleksus lumbar
    4. Pleksus sacrum 
    5. Pleksus coccygeal


SARAF KRANIAL

  • Terdapat 12 pasang saraf kranial keluar dari nuklei di otak.
  • Membekalkan bahagian:
           a) kepala
           b) leher
           c) sebahagian besar organ internal(viseral)
  • Terdiri daripada:
  1.        Saraf sensori
  2.        Saraf motor
  3.        Saraf campuran (mixed)

*Saraf diberi nama dan nombor mengikut lokasi dan fungsinya.

NO
NAMA SARAF
JENIS SARAF
FUNGSI
i
Olfactory
Sensori
Deria pembauan.
ii
Optik
Sensori
Deria penglihatan .
iii
Oculomotor
Motor
Menggerakkan bola mata pada arah berlainan dan perubahan saiz pupil mata.
iv
Trochlear
Motor
Menggerakkan bola mata.
v
Trigeminal
Campur
Membawa deria dari muka.
vi
Abducent
Motor
Mengawal abduksi pada otot rektus lateral.
vii
Facial
Campur
Saraf motor- membekal otot ekspresi muka.
Saraf sensori- impuls dan tunas rasa.
viii
Vestibulocochlear
Sensori
Menghantar impuls ke serebelum yang mengatur tonus otot-otot di seluruh tubuh untuk memelihara keseimbangan tubuh.
ix
Glossopharygeal
Campur
Fiber motor-merangsang otot-otot faring dan sel-sel rembes di kelenjar-kelenjar paratiroid.
Saraf sensori- mengalirkan impuls ke korteks serebrum di posterior lidah, tonsil, faring dan dari tunas rasa (taste bud) di lidah faring.
x
Vagus
Campur
Mengawal keadaan paras oksigen, karbon dioksida dan tekanan darah aorta, carotid body dan carotid sinus.
xi
Accessory
Motor
Mengawal pergerakkan kepala, leher dan bahu.
xii
Hypoglossal
Motor
Mengawal pergerakan otot lidah dalam pertuturan dan menelan.