Sistem Saraf Pusat (CNS)

Sistem Saraf Pusat
-Terdiri dartipada :
  • Otak
  • Korda Spinal
- Kedua-duanya berterusan sehingga foramen magnum.
OTAK
  • Otak terletak dalam kaviti kranial kerana ia adalah organ vital.
  • Otak dapat perlindungan dari cecair sereberospinal di korda spinal.
MENINGES
  • Terdapat 3 lapisan yang menyelaputi otak dan korda spinal:
  1. Dura mater, lapisan luar yang teguh mengandungi tisu konektif berfiber.Terdapat dural sinuses.Lapisan ini mengumpulkan darah venous balik semula ke sistem kardiovaskular.
  2. Araknoid mater,Lapisan tengah yang nipis. Kelihatan seperti sarang labah-labah.Ruang subakranoid dipenuhi cecair sereberospinal dan salur darah.
  3. Pia mater,lapisan dalam dan lembut.Lapisan melekat pada otak dan korda spinal.
  • 4 kawasan utama otak ialah
 a) serebrum-forebrain
 b) diencefalon-termasuk dalam serebrum
 Terdiri daripada :
- Talamus
- Hipotalamus
- Epitalamus
_ Ventral talamus / subtalamus
 c) Brain stem / pangkal otak
 d) Serebelum- hindbrain


a)SEREBRUM
  • Dibahagi oleh fisur longitudinal ke dalam hemisfera kiri dan kanan.
  • 2 belahan bersambung oleh korpus collusum (ikatan fiber putih untuk menyediakan laluan komunikasi antara kedua-dua belah)
  • Falx cereberi (lanjutan dura mater) berlanjutan ke dalam fisur sereberi.
  • Permukaan serebrum berlingkari dipanggil gyri.
  • Ia dipisahkan oleh alur-alur yang dikenali sebagai sulci.
  • Setiap hemisfera serebrum dibahagikan kepada 4 lobus iaitu :
  1. LOBUS FRONTAL
  2. LOBUS PARIETAL
  3. LOBUS OKSIPITAL
  4. LOBUS TEMPORAL
  • Central sulcus - memisahkan lobus frontal dengan lobus parietal.
  • Lateral sulcus - memisahkan antara lobus frontal dan temporal
  • Serebral hemisfera terdiri daripada:
  • JIRIM KELABU (grey mater) - bahagian paling luas yang terletak di pinggir otak.
  • JIRIM PUTIH (white mater) - terletak di tengah otak.
JENIS LALUAN KOMUNIKASI DALAM SEREBRUM
Association
  • Mengalirkan impuls dari satu gyrus ke gyrus lain antara hemisfera yang sama.
Commissural
  • Mengalirkan impuls dari satu hemisfera ke hemisfera yang lain melalui corpus collusum.
Projection
  • Mengalirkan impuls dari serebrum ke bahagian bawah CNS yang lain.


b) DIENCEPHALON
  1. Terletak di tengah.
  2. Termasuklah :
  • Talamus
  • Hipotalamus
  • Epitalamus
1)Talamus
  • Berperanan sebagai stesyen berganti-ganti/ "Relay station" untuk impuls sensori.
  • Impuls akan dihantar ke pusat terlibat dalam korteks untuk diterjemahkan.
  • Impuls akan dihantar dari satu neuron ke neuron lain dalam bentuk rantaian (chain).
2)Hipotalamus
  • Berperanan sebagai penghubung antara sistem saraf dengan endokrina kerana ia meregulasikan sekresi hormon dari kelenjar pituitari
  • Fungsinya, regulasikan sistem saraf autonomik (ANS)
  • regulasi suhu
  • kataran tidur dan jaga
  • regulasi aktiviti sistem endokirina
  • regulasi imbangan cecair badan dan dahaga.
3)Epitalamus
  • Dari margin posterior
  • Berlanjutan hingga ke kelenjar pineal yang melibatkan onset puberti dan kitaran ritma dalam badan.
c) BRAIN STEM
  • Kawasan di antara disefalon dan korda spinal.
  • Terdiri daripada :
  1. Midbrain
  2. Pons
  3. Medula Oblongata
1) MIDBRAIN
  • Mengandungi trek motor voluntari
  • Mempunyai refleks visual dan audatori
  • Cerebral aquadate menurun melalui pusat di otak tengah.
2) PONS
  • Bahagian tengah pangkal otak
  • terdiri daripada trek pengaliran konduksi
  • Bantu dalam regulasi pergerakan pernafasan
3) MEDULLA OBLONGATA

  • Bersambungan dengan korda spinal
  • Terdiri dari semua trek-trek saraf menurun dan menaik
  • Kebanyakan fiber menurun menyeberangi (cross over) dalam medula
  • Mengandungi 3 pusat vital yang mengawal aktiviti viseral iaitu:

  1. Pusat kardiak
  2. Pusat pernafasan
  3. Pusat vasomotor
4) FUNGSI MIDBRAIN

  • Bantu dalam regulasi pergerakan pernafasan
  • Mengawal kadar nadi

d) SEREBELUM

  • Bahagiankedua terbesar di otak.
  • terletak di bawah lobus oksipital.
  • di pisahkan oleh fisur transverse.
  • Terdiri daripada 2 cerebelar hemisfera, bersambungan dengan garisan tengah/midline oleh vernis.
  • Penyusunan cabangan dari jirim kelabu dipanggil arbor vitae.
FUNGSI SEREBELUM

  • Kawasan motor untuk koordinasi aktiviti otot skeletal.
  • Mengekalkan tonus otot, postur dan imbangan badan.

FISIOLOGI TISU SARAF

IMPULS SARAF

2 ciri fungsian neuron:

a) Eksitabiliti-bertindak kepada sesuatu rangsangan.
b) Konduktiviti-menghantar impuls dari satu neuron ke neuron yang lain.

MEMBRAN SEL BEREHAT (Resting Membran Cell)

  • Membran sel tidak menghantar impuls@sedang berehat.
  • Semasa rehat membran sel tidak telap kepada resapan positif ions natrium dan kalium.
  • Ions natrium lebih pekat di cecair ekstraselular dan kalium lebih pekat di cecair intraselular.
  • Membran sel disebut membran polarised terdapat cas positif di luar dan cas negatif di dalam.
  • Perbezaan cas antara luar dan dalam sel disebut potensial membran rehat.
RANGSANGAN PADA NEURON

  • Rangsangan adalah suatu kejadian fizikal kimia@elektrikal yang mengurangkan perbezaan cas antara luar dan dalam sel.
  • Menyebabkan membran sel lebih telap pada ions natrium.
  • Jika rangsangan lemah -membran sel jadi sedikit telap pada ions natrium dan hanya sedikit ions natrium masuk dalam sel.
  • Jika rangsangan kuat- membran sel sangat telap pada ions natrium.
  • Ions positif masuk dalam sel-sel jadi lebih cas positif disebut depolaristion.
  • Polarisasi membran luar negatif dan dalam cas positif disebut reverse polarisasition
RUMUSAN KEJADIAN YANG BERLAKU SEMASA PENGALIRAN IMPULS SARAF

  • Membran rehat punyai ions natrium diluar dan ions kalium didalam ions negatif dalam sel.
  • Reseptor membran dirangsang oleh kejadian fizikal, kimia@elektrikal.
  • Rangsangan menukarkan ketelapan membran kepada natrium.
  • Terusan natrium tertutup dan terusan kalium terbuka.
  • Ions kalium meresap di luar sel.
  • Pam natrium- kalium angkut ions natrium keluar dari sel dan ions kalium masuk dalam sel.
PENGALIRAN SALTATORI (SALTATORY CONDUCTION)

  • Pengaliran impuls berlaku sepanjang akson yang tidak bermielin.(non myelin)
  • Akson bermielin berlaku di nodus ranvier(penebat)
  • Potensi aksi melompat dari satu nodus ke nodus lain(saltatory conduction)
  • Pergerakan lebih cepat dari axon non myelinated.
PENGHANTARAN IMPULS DI SYNAPSE

  • Apabila impuls sampai ke bulba synaptic suatu turutan reaksi menyebabkan sejenis tranmitter kimia(neurotransmitter) dibebaskan.
  • Neurotransmitter adalah bahan kimia yang dikeluarkan dari hujung saraf untuk hantar impuls synapse ke saraf lain.
  • Ia juga akan meresap sebarang synaptic cleft dan bergabung dengan reseptor pada membran  post synaptic
  • Sisa neurotransmitter dijadikan tidak aktif melalui enzim-enzim hidrolisis@enzim pengoksidaan.
NEUROTRANSMITTER UTAMA DI SISTEM SARAF

  1. Acetylcholine
  2. Noradrenaline (norepinephrine)
  3. Adrenalin (epinephrine)
  4. Serotonin
  5. Dopamine
  6. Histamine
  7. Gamma aminobutyric
  • saraf somatik membawa impuls secara terusan ke sinaps di otot skeletal, neuromuscular junction.


SISTEM SARAF

Fungsi Am Sistem Saraf :
  1. Fungsi Sensori (deria) : Mengesan dan mengumpul semua maklumat mengenai perubahan di sekitar luar (eg. suhu, cahaya, bunyi dan bau )
  2. Fungsi Integratif : Mentafsir dan memproses maklumat yang diperolehi untuk mendapatkan gambaran yang jelas dan membuat tindakan sewajar yang harus dilakukan oleh sistem-sistem tubuh.
  3. Fungsi Motor : Menghantar keputusan-keputuan tersebut ke bahagian tubuh yang sepatutnya ( organ efektor ) untuk menjalankan tindakan-tindakan berkenaan.
Sistem Saraf terbahagi kepada 2:
  • Sistem Saraf Pusat ( CNS )
  • Sistem Saraf Periferi ( PNS )
CNS
Terdiri daripada:
  • Otak :Terkandung dalam kaviti tengkorak
  • Spinal Cord :Terkandung di dalam kanal vertebra pada kolum vertebra
PNS
Terdiri daripada:
  • 31 pasang saraf spinal  - (8 pasang saraf cervical)
                                                                 -(12 pasang saraf thoracic)

                                                                 - (5 pasang saraf lumbar)

                                                                - (5 pasang saraf sacral)

                                                              - (1 pasang saraf coccygeal)
  • 12 Pasang Saraf Cranial
2 jenis sel saraf yang hadir dalam PNS:
  1. Aferen Sensori :Sel-sel yang membawa impuls saraf (maklumat) dari reseptor-reseptor sensori di       periferi tubuh ke CNS.
  2. Eferen / Motor :Sel-sel saraf yang menghantar maklumat keluar dari CNS ke organ efektor ( eg.Otot dan kelenjar )
2 jenis fungsi PNS:
  1. Sistem Saraf Somatik
  • Aferen (Sensori) Somatik : Sel-sel saraf yang menerima dan memproses maklumat dari reseptor periferi.
  • Eferen (Motor) Somatik : Menylaras kontraksi voluntari otot-otot skeletal.
   2.    Sistem Saraf Autonomik
  • Aferen Autonomik : Penghantaran dan pemprosesan maklumat-maklumat sensori di organ-organ viseral ( eg. sistem kardiovaskular, respiratori, penghadaman, urinari dan reproduktif ).
  • Eferen Autonomik : Menerima impuls dari CNS ke organ efektor.