Sistem Saraf Pusat (CNS)

Sistem Saraf Pusat
-Terdiri dartipada :
  • Otak
  • Korda Spinal
- Kedua-duanya berterusan sehingga foramen magnum.
OTAK
  • Otak terletak dalam kaviti kranial kerana ia adalah organ vital.
  • Otak dapat perlindungan dari cecair sereberospinal di korda spinal.
MENINGES
  • Terdapat 3 lapisan yang menyelaputi otak dan korda spinal:
  1. Dura mater, lapisan luar yang teguh mengandungi tisu konektif berfiber.Terdapat dural sinuses.Lapisan ini mengumpulkan darah venous balik semula ke sistem kardiovaskular.
  2. Araknoid mater,Lapisan tengah yang nipis. Kelihatan seperti sarang labah-labah.Ruang subakranoid dipenuhi cecair sereberospinal dan salur darah.
  3. Pia mater,lapisan dalam dan lembut.Lapisan melekat pada otak dan korda spinal.
  • 4 kawasan utama otak ialah
 a) serebrum-forebrain
 b) diencefalon-termasuk dalam serebrum
 Terdiri daripada :
- Talamus
- Hipotalamus
- Epitalamus
_ Ventral talamus / subtalamus
 c) Brain stem / pangkal otak
 d) Serebelum- hindbrain


a)SEREBRUM
  • Dibahagi oleh fisur longitudinal ke dalam hemisfera kiri dan kanan.
  • 2 belahan bersambung oleh korpus collusum (ikatan fiber putih untuk menyediakan laluan komunikasi antara kedua-dua belah)
  • Falx cereberi (lanjutan dura mater) berlanjutan ke dalam fisur sereberi.
  • Permukaan serebrum berlingkari dipanggil gyri.
  • Ia dipisahkan oleh alur-alur yang dikenali sebagai sulci.
  • Setiap hemisfera serebrum dibahagikan kepada 4 lobus iaitu :
  1. LOBUS FRONTAL
  2. LOBUS PARIETAL
  3. LOBUS OKSIPITAL
  4. LOBUS TEMPORAL
  • Central sulcus - memisahkan lobus frontal dengan lobus parietal.
  • Lateral sulcus - memisahkan antara lobus frontal dan temporal
  • Serebral hemisfera terdiri daripada:
  • JIRIM KELABU (grey mater) - bahagian paling luas yang terletak di pinggir otak.
  • JIRIM PUTIH (white mater) - terletak di tengah otak.
JENIS LALUAN KOMUNIKASI DALAM SEREBRUM
Association
  • Mengalirkan impuls dari satu gyrus ke gyrus lain antara hemisfera yang sama.
Commissural
  • Mengalirkan impuls dari satu hemisfera ke hemisfera yang lain melalui corpus collusum.
Projection
  • Mengalirkan impuls dari serebrum ke bahagian bawah CNS yang lain.


b) DIENCEPHALON
  1. Terletak di tengah.
  2. Termasuklah :
  • Talamus
  • Hipotalamus
  • Epitalamus
1)Talamus
  • Berperanan sebagai stesyen berganti-ganti/ "Relay station" untuk impuls sensori.
  • Impuls akan dihantar ke pusat terlibat dalam korteks untuk diterjemahkan.
  • Impuls akan dihantar dari satu neuron ke neuron lain dalam bentuk rantaian (chain).
2)Hipotalamus
  • Berperanan sebagai penghubung antara sistem saraf dengan endokrina kerana ia meregulasikan sekresi hormon dari kelenjar pituitari
  • Fungsinya, regulasikan sistem saraf autonomik (ANS)
  • regulasi suhu
  • kataran tidur dan jaga
  • regulasi aktiviti sistem endokirina
  • regulasi imbangan cecair badan dan dahaga.
3)Epitalamus
  • Dari margin posterior
  • Berlanjutan hingga ke kelenjar pineal yang melibatkan onset puberti dan kitaran ritma dalam badan.
c) BRAIN STEM
  • Kawasan di antara disefalon dan korda spinal.
  • Terdiri daripada :
  1. Midbrain
  2. Pons
  3. Medula Oblongata
1) MIDBRAIN
  • Mengandungi trek motor voluntari
  • Mempunyai refleks visual dan audatori
  • Cerebral aquadate menurun melalui pusat di otak tengah.
2) PONS
  • Bahagian tengah pangkal otak
  • terdiri daripada trek pengaliran konduksi
  • Bantu dalam regulasi pergerakan pernafasan
3) MEDULLA OBLONGATA

  • Bersambungan dengan korda spinal
  • Terdiri dari semua trek-trek saraf menurun dan menaik
  • Kebanyakan fiber menurun menyeberangi (cross over) dalam medula
  • Mengandungi 3 pusat vital yang mengawal aktiviti viseral iaitu:

  1. Pusat kardiak
  2. Pusat pernafasan
  3. Pusat vasomotor
4) FUNGSI MIDBRAIN

  • Bantu dalam regulasi pergerakan pernafasan
  • Mengawal kadar nadi

d) SEREBELUM

  • Bahagiankedua terbesar di otak.
  • terletak di bawah lobus oksipital.
  • di pisahkan oleh fisur transverse.
  • Terdiri daripada 2 cerebelar hemisfera, bersambungan dengan garisan tengah/midline oleh vernis.
  • Penyusunan cabangan dari jirim kelabu dipanggil arbor vitae.
FUNGSI SEREBELUM

  • Kawasan motor untuk koordinasi aktiviti otot skeletal.
  • Mengekalkan tonus otot, postur dan imbangan badan.

1 comments:

Unknown said...

Terima Kasih Admin, sangat membantu. Tapi kalau boleh bahagian Lobus Hemisfera tu bagi nama sekali dengan fungsi ya.
Tq

Post a Comment