SISTEM SARAF

Fungsi Am Sistem Saraf :
  1. Fungsi Sensori (deria) : Mengesan dan mengumpul semua maklumat mengenai perubahan di sekitar luar (eg. suhu, cahaya, bunyi dan bau )
  2. Fungsi Integratif : Mentafsir dan memproses maklumat yang diperolehi untuk mendapatkan gambaran yang jelas dan membuat tindakan sewajar yang harus dilakukan oleh sistem-sistem tubuh.
  3. Fungsi Motor : Menghantar keputusan-keputuan tersebut ke bahagian tubuh yang sepatutnya ( organ efektor ) untuk menjalankan tindakan-tindakan berkenaan.
Sistem Saraf terbahagi kepada 2:
  • Sistem Saraf Pusat ( CNS )
  • Sistem Saraf Periferi ( PNS )
CNS
Terdiri daripada:
  • Otak :Terkandung dalam kaviti tengkorak
  • Spinal Cord :Terkandung di dalam kanal vertebra pada kolum vertebra
PNS
Terdiri daripada:
  • 31 pasang saraf spinal  - (8 pasang saraf cervical)
                                                                 -(12 pasang saraf thoracic)

                                                                 - (5 pasang saraf lumbar)

                                                                - (5 pasang saraf sacral)

                                                              - (1 pasang saraf coccygeal)
  • 12 Pasang Saraf Cranial
2 jenis sel saraf yang hadir dalam PNS:
  1. Aferen Sensori :Sel-sel yang membawa impuls saraf (maklumat) dari reseptor-reseptor sensori di       periferi tubuh ke CNS.
  2. Eferen / Motor :Sel-sel saraf yang menghantar maklumat keluar dari CNS ke organ efektor ( eg.Otot dan kelenjar )
2 jenis fungsi PNS:
  1. Sistem Saraf Somatik
  • Aferen (Sensori) Somatik : Sel-sel saraf yang menerima dan memproses maklumat dari reseptor periferi.
  • Eferen (Motor) Somatik : Menylaras kontraksi voluntari otot-otot skeletal.
   2.    Sistem Saraf Autonomik
  • Aferen Autonomik : Penghantaran dan pemprosesan maklumat-maklumat sensori di organ-organ viseral ( eg. sistem kardiovaskular, respiratori, penghadaman, urinari dan reproduktif ).
  • Eferen Autonomik : Menerima impuls dari CNS ke organ efektor.
 


0 comments:

Post a Comment