SISTEM ENDOKRINA - hormon & sistem pengawalan

 

SISTEM ENDOKRINA
  • terdiri dari beberapa kelenjar yang terpisah antara satu sama lain di seluruh badan.
  • Kelenjar - hasilkan dan rembeskan bahan-bahan yang dipanggil hormon ke dalam darah.
  • Hormon - mempengaruhi @ mengawal aktiviti tisu @ organ tertentu.
KELENJAR ENDOKRINA
  • tiada duktus (penakung).
  • membawa bahan rembesan seperti hormon.
  • dirembeskan secara terus / langsung ke dalam darah dan dibawa ke seluruh badan.
  • mempengaruhi sel yang mempunyai tapak reseptor untuk hormon tersebut.
  • mempunyai rangkaian yang berlanjutan ke salur darah.
PERBANDINGAN SISTEM ENDOKRINA & SISTEM SARAF

SISTEM ENDOKRINA
SISTEM SARAF                                 
    Bertindak melalui hormon - pengaruhi tumbesaran, perkembangan, aktiviti metabolisma.
    Bertindak melalui impuls elektrik dan neurotransmitter menyebabkan kontraksi otot dan pembesaran kelenjar-kelenjar.
     Kesan jangkamasa panjang, lebih am.
    Kesan jangkamasa pendek, setempat.


CIRI-CIRI HORMON
  • mengandungi protein (asid amino) dan steroid (lemak).
  • semua hormon adalah jenis protein(terbitan protein) kecuali hormon seks dari gonad dan korteks adrenal (terbitan lipid).
  • rembes secara perlahan dalam jumlah yang kecil.
  • kesannya kuat terhadap metabolisma.
  • sel-sel dalam tisu tertentu mempunyai kawasan reseptor untuk hormon tertentu.
  • kawasan reseptor - atas permukaan sel, bahagian dalam sel.
PRINSIP TINDAKAN HORMON
  • bergabung mengikut mekanisma 'lock and key'.
  • kelenjar endokrina - rembes lebih hormon daripada apa yang diperlukan.
  • lebihan hormon dikeluarkan oleh kidney atau dimusnahkan oleh metabolisma.
KLASIFIKASI HORMON
  1. steroid
  2. non-steroid
1. STEROID
  • terdiri daripada kolestrol.
  • larut lemak.
  • melalui fosfolipid membrane plasma sel sasaran dengan mudah.
  • contoh:
    • Aldosterone
    • Cortisol 
    • Estrogen
    • Progestrone
    • Testosterone
2. NON-STEROID
  • terdiri daripada asid amino
  • 4 jenis hormon, iaitu:
    • protein - rantaian asid amino panjang, eg: insulin, hormon paratiroid.
    • glycoprotein - terdapat karbohidrat melekat pada rantaian asid amino, eg: Follicle Stimulating Hormone (FSH), Luteinizing Hormone (LH).
    • peptide - rantaian asid amino lebih pendek, eg: oxytoxin, Anti Diuretic Hormone (ADH).
    • terbitan (derivative) asid amino - terdiri dari satu molekul asid amino, eg: epinephrine (adrenaline), thyroxin.
SISTEM PENGAWALAN TINDAKAN HORMON

1. mekanisma maklumbalas negatif - insulin dan konsentrasi darah.
2. ransangan lain-lain hormon (hormon trophic) - TSH (anterior kelenjar pituitari) menyebabkan kelenjar tiroid rembeskan tiroksin.
3. ransangan oleh sistem saraf - rembeskan epinephrine dalam tindakbalas ransangan oleh saraf simpatetik.

GANGGUAN PENGAWALAN TINDAKAN HORMON

1. Hypersecretion
  • tumor
  • autoimuniti - sel badan ransangkan lebih banyak hormon
  • kegagalan mekanisma maklumbalas negatif - masalah pada otak, hormon dirembes dengan banyak
2. Hyposecretion
  • tumor - kanser
  • kematian tisu kelenjar
  • kerosakan mekanisma maklumbalas positif
KELENJAR-KELENJAR ENDOKRINA
  1. kelenjar pituitari
  2. kelenjar tiroid
  3. kelenjar paratiroid
  4. kelenjar adrenal
  5. kelenjar pineal / pineal body
  6. Islet of Langerhan - pankreas
  7. gonad - ovari dan testes

0 comments:

Post a Comment