Fisiologi Pendengaran

  • Telinga Manusia boleh mengesan gelombang bunyi antara frekuensi 20 hingga 20,000 getaran/saat.
  • Unit bunyi ialah desible (dB)
  • Pertuturan biasa-60 dB
  • Konsert Rock-110 dB




Gelombang bunyi perlu di hantar melalui:
  1. udara - kanalauditori eksternal
  2. tulang - Osikel
  3. Cecair - Perilimfa dan endolimfa


Fisiologi Pendengaran
  1. Setiap bunyi di udara menghasilkan gelombang atau getaran dengan kelajuan 332m/saat.
  2. Aurikel akan memerangkap gelombang bunyi dan menghantar ke membran timpanik melalui saluran auditori eksternal.
  3. Membran timpanik bergetar dan memindahkan gelombang bunyi ke telinga tengah
  4. tulang - tulang osikel di telinga tengah akan bergerak 
  5. Di pertengahan bahagian hujung tulang stapes iaitu di oval window, gelombang bendalir di perilymph skala vestibule mula menjadi tekanan.
  6. Tekanan bergerak ke saluran koklea, gelombang bergerak di endolymph menyebabkan getaran dan meransang reseptor auditori pada sel-sel rambut organ of corti.
  7. Impuls saraf terjadi dan dihantar ke otak melalui saraf vestibulokoklear untuk ditafsirkan.

Laluan Auditori
  1. Saraf Koklea
  2. Saraf vestibulokoklear
  3. bersilang di medulla
  4. otak tengah
  5. talamus
  6. lobus temporal-kawasan pendengaran 

  • Struktur telinga yang mempengaruhi keseimbangan:
  1. Kanal Separa Bulat
  2. Saccule
  3. Utricle
  4. Dinding Saccule,utricle dan ampulla
Fisiologi Keseimbangan
  1. Kanal separa bulat dan vestibule(utricle dan saccule) bertanggungjawab dalam keseimbangan.
  2. Perubahan kedudukan kepala menyebabkan pergerakkan cecair perilymph dan endolymph dan akan membengkokkan sel-sel rambut serta meransang hujung saraf di utricle, saccule dan ampulla.
  3. Impuls saraf terjadi dan dihantar ke saraf vestibular yang kemudiannya akan bersambung ke saraf koklear dan saraf vestibular koklear seterusnya ke serebelum.
  4. Serebelum juga menerima impuls saraf dari mata dan reseptor sensori yang lain di otot skeletal dan sendi (proprioceptors).
  5. Impuls dari ketiga-tiga punca ini berkoordinasi dengan impuls saraf efferent di otot-otot skeletal.
  6. Keadaan ini akan menyebabkan kesedaran kedudukan badan, postur tegak dan mengekalkan kedudukan mata pada fokus yang sama dengan pergerakkan kepala.


0 comments:

Post a Comment