MAMMARY GLAND

MAMMARY GLAND
(Fungsi & Fisiologi)


KELENJAR MEMARI

  • Organ aksesori sistem reproduktif perempuan.
  • Dikenali juga sebagai payudara.
  • Terdapat pada lelaki dan perempuan.
  • Pada lelaki, kelenjar ini hanya rudimentary sahaja (bahagian atau hanya belum sempurna pertumbuhannya).


PAYUDARA
  • PAYU: Sesuatu yang bernilai.
  • DARA:Gadis sunti.
  • Payudara  wanita beraiz kecil sehinggalah peringkat puberti.
  • Diperingkat ini payudara membesar di bawah ransangan hormon estrogen dan prosgesteron yang dirembeskan dari ovari. 
  • Semasa mengandung kedua-dua hormon meransang perkembangan payudara.
  • Ia organ yang menghasilkan susu berdasarkan fungsi tetapi ialah kelenjar peluh yang diubahsuai berdasarkan struktur.
KEDUDUKAN PAYUDARA
  • Terletak di antara otot pectoralis major dan minor(antara sternum axilla).
  • Pada paras tulang rusuk ke 2 hingga ke 6.
  • Secara melintang dari sisi sternum ke garis tengah axilla.
STRUKTUR MAKROSKOPIK

  • Lapisan luarnya diselaputi oleh kulit.
  • Ditengah-tengah kelenjar memari terdapat kawasan bulatan yang berpigmen dinamakan sebagai areolar.
  • Ditengah-tengah areolar terdapat satu puting(nipple)
  • Ia terbentuk dari tisu erectile yang amat sensitif pada rangsangan kerana terdapat salur darah dan saraf.
  • Dipermukaan nipple terdapat lebih kurang 15-20 orifis kecil.
  • Dipermukaan areolar terdapat kelenjar sebum yang dikenali sebagai  Montgomery's tubercles.
  • Fungsi montgomery's tubercles untuk melembutkan nipple semasa laktasi dan mengelakkannya dari rekah.       
BENTUK

*Kon- jika tidak hamil.
*Semasa hamil berbentuk hemispherical atau dome.

SAIZ

*Berbeza di antara setiap individu.
*Bergantung kepada bilangan tisu adipos/lemak yang terdapat di sekeliling kelenjar memari.

STRUKTUR MIKROSKOPIK

  • Terdiri daripada 15-20 tisu glandular.
  • Setiap tisu diasingkan oleh tisu perantara dan adipos. 
  • Tisu perantara bantu dalam menyokong payudara.
  • Terdapat ikatan tisu perantara di mana ligamen suspensori (cooper's) memanjang dari kulit ke bawah otot dalam payudara.
  • Amaun tisu adipos dalam payudara menentukan saiz dan bentuknya.
  • Sel-sel myoepitelial diransang oleh hormon oxytoxin.



STRUKTUR INTERNAL
  • Setiap lobus mempunyai banyak lobul yang mengandungi unit glandular.
  • Setiap unit glandular terdiri dari banyak kelenjar alveolar yang dipanggil alveoli.
  • Alveoli berfungsi menghasilkan susu bila dirangsang oleh hormon prolaktin.
  • Terdapat sel mioepitelial di dinding alveoli yang akan mengecut dan mengeluarkan susu.
  • Duktus lactiferus mengumpul susu dari lobul dalam setiap lobus,kemudian mengalirkannya ke arah puting.
  • Sebelum sampai ke puting, duktus lactiferus membesar menjadi sinus lactiferus yang dipanggil  ampulla
  • Sinus lactiferus bertugas sebagai tempat menyimpan susu.
  • Selepas sinus lactiferus, duktus lactiferus mengecil dan setiap duktus membuka di atas permukaan puting.






0 comments:

Post a Comment